Asah bakat media, jawab salah faham terhadap Islam

Rusydi

Oleh: Khairiah Othman

JOHOR BAHRU, 31 Dis – Umat Islam memerlukan kepakaran dalam bidang media untuk menangkis fitnah-fitnah yang dilemparkan terhadap umat Islam, memberi kefahaman, menjelaskan dan menyebarkan Islam.

Menurut Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Johor, En. Muhammad Rusydi Muhammad Razif, umat Islam di timur tengah dan negara-negara yang lain diserang dengan serangan fizikal. Tetapi umat Islam di Malaysia diserang dengan ideologi dan pemikiran yang merosakkan jati diri umat Islam menerusi sebaran media.

“Sebagai contoh isu yang dibawa oleh gerakan-gerakan liberal, syiah dan sebagainya disebarkan menerusi medium-medium media seperti akhbar, poster, video dan website.

“Justeru itu, umat Islam digalakkan untuk mengasah bakat dalam bidang media untuk menjawab semula salah faham terhadap Islam yang dibawa oleh gerakan-gerakan yang ingin merosakkan Islam disamping tidak meninggalkan kemahiran-kemahiran yang lain seperti menulis dan berucap bagi mempersiapkan diri sebagai umat Islam yang serba boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam bengkel media anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) Johor di sini, baru-baru ini.

Bengkel media pada kali ini memberi fokus latihan kewartawanan dan videografi dengan penyertaan lebih 30 peserta daripada pelbagai institusi pengajian tinggi sekitar Johor Bahru.

Latihan kewartawanan dikendalikan oleh wartawan Majalah Al-Islam, Puan Nursabihah Mohtar dan kursus asas videografi dikendalikan oleh juruvideo profesional, Saudara Ibrahim Azran.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian