Kelantan perlu tambah pengurus jenazah: Ahmad Jazlan

 

image (25)MACHANG, Sabtu – Kerajaan Kelantan digesa supaya menambah jumlah pengurus jenazah yang berkelayakan bagi mempercepatkan pengurusan mayat orang Islam.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata kekurangan pengurus jenazah menyebabkan urusan pengebumian menjadi lambat.

“Ini kerana ada sesetengah kampung tidak mempunyai orang yang berkebolehan untuk menguruskan jenazah hingga terpaksa jemput pengurus jenazah dari kampung lain.

“Malah, ia semakin membimbangkan kerana generasi muda pada masa kini tidak berminat untuk mempelajari fardu kifayah tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus pengurusan jenazah di Masjid Al-Raudah, Banggol Judah di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan beliau menyampaikan sijil kepada 106 peserta yang mengikuti kursus selama sehari anjuran Pejabat Agama Jajahan Machang.

Ahmad Jazlan yang juga anggota Parlimen Machang berkata setiap kampung perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengurus jenazah lelaki atau perempuan. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian