Kerajaan Iraq rampas semula Ramadi daripada militan Daesh

iraq rampas ramadi
RAMADI, Selasa – Kerajaan Iraq di bawah pimpinan Perdana Menteri Haider Al-Abadi berjaya merampas semula bandar Ramadi daripada penguasaan militan Daesh.

Perkara itu diumumkan oleh jeneral tentera Iraq, Brig Jeneral Yahya Rasool menerusi siaran televisyen semalam.

“Daesh sudah dikalahkan dan bendera Iraq sudah dinaikkan semula di bangunan kerajaan di Ramadi,” katanya.

Daesh telah menguasai Ramadi sejak Mei lalu.

Haider Al-Abadi dalam maklum balasnya berjanji akan membebaskan seluruh kawasan yang dijajah Daesh pada tahun 2016.

Sebelum lari keluar, Daesh telah memasang lebih 300 jerat bom di jalanan dan bangunan-bangunan, kata salah seorang ketua tentera Iraq.

Pada minggu lepas, terdapat kira-kira 400 anggota Daesh berkawal di Ramadi dan jumlah mereka yang terbunuh belum diketahui. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian