Lambang salib: Majlis Daerah Langkawi panggil pemaju

salib-di-bumbung-langkawi

LANGKAWI, Isnin – Satu mesyuarat akan diadakan dengan sebuah syarikat perumahan di Langkawi esok dalam usaha memperbetulkan semula struktur binaan pada bahagian bumbung rumah yang kelihatan seperti lambang salib.

Mengesahkan perkara itu, Exco Perumahan, Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata mesyuarat itu akan dikelolakan Majlis Daerah Langkawi bagi memutuskan sama ada pemaju perlu menukar warna struktur itu agar sepadan dengan jubin bumbung supaya ia tidak menyerupai salib.

“Mesyuarat itu akan memberikan peluang kepada pemaju itu menjelaskan sama ada reka bentuk itu adalah satu trend.

“Saya mahu mereka duduk bersama dan menunjukkan sama ada mereka bertujuan untuk menjadikannya sebagai salib,” katanya.

Sebelum ini gambar perumahan di kawasan Taman Sri Langkawi dan Kampung Bakau menjadi viral  di laman sosial apabila bumbungnya kelihatan mempunyai lambang salib.

Apabila dilihat dari laut, ciri-putih di sepanjang bumbung berjubin merah itu mewujudkan gambaran deretan salib putih menghadap ke laut.

Bagaimanapun difahamkan, perumahan tersebut masih belum mendapatkan sijil kelayakan untuk diduduki.

Mengulas lanjut Datuk Tajuk berkata, selepas gambar-gambar itu tersebar di internet, beliau telah memberikan beberapa kenyataan tetapi kini beliau enggan mengulas lagi berikutan takut apa yang  dikatakan diputar pihak lain.

“Saya mengarahkan pegawai saya untuk memeriksa projek perumahan itu selepas gambar-gambar rumah-rumah menjadi viral.

“Jika simbol salib itu sangat jelas, nasihat saya kepada pemaju adalah untuk mengecat semula ciri-ciri itu,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian