Lapan pusat pemindahan dibuka di Terengganu tempatkan mangsa banjir

banjir_hulu_terengganu

Gambar: The Malaysian Insider

KUALA TERENGGANU, Selesa – Sebanyak lapan pusat pemindahan dibuka di Kemaman dan Hulu Terengganu yang menempatkan seramai 301 orang mangsa daripada 90 keluarga, setakat 8 malam tadi.

Menurut laporan banjir yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN), pusat pemindahan di Balai Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Padang Kubu, Kemaman menempatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 105 orang daripada 28 keluarga.

Di Hulu Terengganu, Dewan Sivik Seri Putih, Kampung Tok Lawit menempatkan 64 mangsa daripada 29 keluarga; Masjid Lama Kampung Padang Kubu seramai 58 mangsa (13 keluarga) dan Balai Raya Kampung Kemat seramai 40 mangsa (14 keluarga).

Dewan Sivik Pekan Wakaf Tapai pula menempatkan seramai lapan mangsa (dua keluarga); Balai Raya Kampung Bukit Kolam seramai 12 mangsa (dua keluarga); Sekolah Kebangsaan Telok Kalong dan Balai Raya Kampung Tok Gebok masing-masing melibatkan sembilan dan lima orang mangsa sahaja.

Menurut laporan itu, kedua-dua daerah itu masih mengalami hujan renyai. — Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian