NATO tidak hantar tentera lawan IS di Syria

Jens Stoltenberg
BRUSSELS, Isnin – NATO tidak akan menghantar tentera darat untuk memerangi militan IS di Syria dan mengatakan bahawa ia bukan dalam agenda mereka.

“Itu bukan dalam agenda gabungan dan sekutu NATO,” kata Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg kepada akhbar Tages-Anzeiger apabila ditanya mengenai penghantaran tentera darat untuk mengiringi serangan udara.

Stoltenberg menegaskan bahawa konflik itu adalah bukan peperangan antara Barat dan dunia Islam, tetapi peperangan terhadap “ekstremisme dan keganasan”.

“Islam berada di barisan hadapan dalam peperangan ini. Kebanyakan mangsa adalah orang Islam dan kebanyakan mereka yang memerangi IS beragama Islam. Kita tidak boleh meneruskan perjuangan ini untuk mereka,” katanya.

Stoltenberg menegaskan bahawa NATO akan membantu Turki meningkatkan pertahanan udara selepas Turki menembak jatuh sebuah jet tentera Rusia pada bulan lepas.

Beliau menekankan keperluan untuk menenangkan kekalutan dengan Russia selepas pesawat negara itu ditembak jatuh.

“Sekarang, adalah penting bagi meredakan serta membangunkan mekanisme untuk mengelakkan kejadian yang sama berlaku di masa akan datang.

“Kita lihat ketara keberadaaan tentera Russia dari jauh utara ke Mediterranean. Di sana juga, kita perlu elakkan kejadian yang sama daripada berlaku seperti di Turki, “katanya.

Beliau menyeru Russia untuk memainkan peranan yang lebih konstruktif dalam memerangi IS.

Setakat ini, Russia telah menyerang kumpulan-kumpulan lain dan menumpukan sokongan terhadap rejim Assad.

Bagaimanapun, media turut melaporkan keceraan yang dialami penduduk awam Syria akibat serangan Russia terhadap IS. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian