Pertahan diri boleh, bukan bunuh orang: Ketua Polis Negara

KHALID ABU BAKAR / WAWANCARA KHAS HARI POLIS KE 208

BANGI, Khamis – Orang ramai perlu memahami hak dan had orang awam mempertahankan diri dalam mendepani kes jenayah supaya tidak sewenang-wenangnya membunuh penjenayah.

Hak dan had tersebut seperti yang telah termaktub dalam undang-undang yang diperuntukkan mengikut Seksyen 99 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata seksyen berkenaan menjelaskan hak dan had mempertahankan diri yang termaktub, bukan saja untuk orang awam tetapi juga anggota polis sendiri.

“Ramai orang tidak tahu had hak mempertahankan diri itu. Seksyen 99 Kanun Keseksaan menjelaskan dengan jelas setakat mana hak mempertahankan diri yang boleh digunakan oleh orang ramai.

“Bukan saja untuk orang ramai, untuk kami (polis) pun ada hadnya. Hak mempertahankan diri itu bukan mutlak. Jika ada orang nak curi atau samun, kita tidak boleh bunuh mereka sewenang-wenangnya,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Terdahulu, seorang lelaki didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyerang dua lelaki yang dikatakan menceroboh rumahnya di Kampung Labuhan, Kerteh, Kemaman, Terengganu.

Dalam kejadian itu, seorang penceroboh maut ditikam lelaki terbabit, manakala rakannya cedera dan dapat ditangkap ketika cuba melarikan diri.

Kisah terbabit mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib lelaki itu dan menuntut supaya nasibnya dibela.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian