Salah ke saya tolong mangsa tipu: Aktivis PPIM
KUALA LUMPUR, Selasa – “Saya tolong mangsa yang ditipu, salah ke saya tolong?”, demikian luahan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi.
Kesal dengan penahanan itu, Yusuf berkata sehingga kini beliau masih tertanya-tanya punca utama kesalahannya sehingga ditahan polis sedangkan niatnya hanya untuk membantu pengguna yang ditipu oleh peniaga di Kompleks Kota Raya.
“Ketika saya menuntut kembali wang mangsa, tiada langsung perbuatan yang kasar. Anda boleh rujuk semula video kejadian itu.
“Malah, sidang media yang dibuat selepas itu juga tiada langsung saya menyentuh unsur perkauman,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan