Sirul kerap ‘diganggu’ pihak tertentu dari Malaysia, kata peguam

arrestsirul21012015
KUALA LUMPUR, Khamis – Peguam Sirul Azhar Umar yang kini ditahan di Australia, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin mendedahkan anak guamnya itu kerap diganggu oleh pihak tertentu, termasuk dari negata ini.

Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Sirul minggu lalu, beliau turut dimaklumkan bahawa ada pihak yang cuba menghubungi anak guamnya itu menerusi telefon, malah ada yang datang ke tempat Sirul ditahan.

“Malah, Sirul turut dinasihatkan supaya memecat peguam mewakilinya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Sirul dan seorang lagi bekas anggota UTK, Azilah Hadri atas kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu di Bjkit Raja, Klang antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 hingga 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sirul bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah pada hari keputusan penghakiman diumumkan dan kemudian didapati telah berlepas ke Australia, dipercayai pada Oktober tahun lalu.

Kehilangannya menyebabkan Polis Diraja Malaysia terpaksa mendapatkan kerjasama Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menjejaki Sirul.

Interpol kemudian mengeluarkan notis merah sebagai dokumen perisytiharan bahawa lelaki itu diburu untuk ditahan bagi tujuan diekstradisi.

Bagaimanapun dalam kes Sirul, timbul masalah apabila Australia sebagai negara yang bukan sahaja tidak mengiktiraf hukuman mati malahan juga menentang keras hukuman tersebut dijalankan dalam sistem perundangan negara lain.

Kamarul Hisham Kamaruddin berkata, ada beberapa orang yang telah datang ke pusat tahanan beberapa kali cuba untuk mendapatkan akses kepadanya tapi sudah tentu, dia menolak untuk bertemu mereka.

Katanya, ada juga pihak yang berjaya menghubungi Sirul di Australia dengan menawarkan pelbagai tawaran ‘menarik’ untuk anak guamnya itu.

“Kami tahu ada yang telefon daripada luar negara dan kami juga tahu ada pihak yang menawarkan langkah penyelesaian kepada masalahnya untuk membantu dia.

“Dan juga ada saranan agar dia membuang peguamnya yang ‘tidak buat kerja dengan baik’. Ini maklumat yang kami terima dari Sirul dan kami ada bukti,” katanya.

Beliau juga mendedahkan panggilan kepada Sirul itu turut datang dari negara ini.

Ketika diminta mengulas lanjut, beliau berpendapat cubaan pihak-pihak tersebut mempunyai kepentingan politik.

“Apa yang saya boleh kata, agak ketara bahawa kumpulan-kumpulan tertentu ini yang cuba mendapatkan Sirul mempunyai kepentingan politik terhadap apa yang Sirul akan cakap atau apa yang mereka mahu Sirul cakap.

“Ini pandangan peribadi saya terhadap perkara ini. Saya sedar memang ada pihak yang mempunyai kepentingan politik ini,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian