Tentera Darat sahkan pegawai hilang dalam banjir di AS belum ditemui

banjir

BANGI, Rabu – Tentera Darat mengesahkan menerima maklumat daripada Penolong Penasihat Pertahanan Kedutaan Malaysia di Washington DC, berkenaan kehilangan seorang pegawainya berpangkat kapten dalam banjir yang melanda Pulaski Country, Missouri, Amerika Syarikat (AS), kelmarin.

Kapten Hasman Hussin, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang menuntut di Fort Leonard Wood, Missouri, disyaki hilang apabila kereta yang dinaiki bersama empat rakannya dihanyutkan banjir kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan, kelmarin.

Dalam satu kenyataan Markas Tentera Darat, semalam, Timbalan Ketua Perwakilan di Malawakili Washington DC, Saiful Annuar mendapat maklumat daripada Kementerian Dalam Negeri Amerika Syarikat memaklumkan Hasman disyaki hilang.

“Beliau dikhuatiri bersama-sama empat lagi rakan kolej bercuti pada Sabtu, 26 Disember ‎2015 dengan kenderaan yang dilaporkan telah dihanyutkan banjir ketika mereka mengharungi laluan jalan di Pulaski Country, Missouri AS.

“Bagaimanapun keempat mayat telah ditemui, Kapten Hasman Hussin masih belum ditemui,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menjelaskan keadaan Hasman belum dapat disahkan lagi.

“Pihak kolej dan keduataan Malaysia sedang mengesan pegawai berkenaan.

“Pihak Markas Tentera Darat dan Office of Defence Cooperation (ODC) Kedutaan AS di Kuala Lumpur sedang berusaha mendapatkan maklumat terkini mengenai pegawai tersebut,” jelas kenyataan itu.

Hasman sedang mengikuti kursus Engineer Captains Career Courses di Fort Leonard Wood, mulai 1 Oktober hingga 15 April 2016.

Mayat dua daripada anggota tentera terbabit dijumpai di dalam kenderaan mereka, manakala dua lagi dijumpai selepas gerakan mencari dilancarkan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian