Tentera Mesir bunuh lelaki sakit mental dari Gaza
GAZA, Selasa – Satu rakaman video menunjukkan tentera Mesir menembak mati seorang lelaki tidak bersenjata di sempadan Gaza, kelmarin.
Lelaki berkenaan, Ishaq Khalil Hassan, 26, dilaporkan ditembak tentera Mesir yang ditempatkan di sempadan itu dengan 15 das tembakan tanpa memberi amaran terlebih dahulu.
Menurut keluarganya, Hassan mempunyai masalah mental yang teruk di samping masalah pembelajaran yang mana sebelum ini menerima rawatan di hospital di Mesir.
Ketika kejadian Hasan didapati dalam keadaan berbogel berhampiran dengan pantai yang menghubungkan antara sempadan Mesir dan Gaza.
Anak saudaranya memaklumkan Hassan yang mempunyai masalah mental itu cuba untuk masuk ke Mesir bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Namun beliau tidak dapat menyeberangi secara sah disebabkan Mesir menutup sempadan Rafah di Palestin.
Bagaimanapun setakat ini, masih tiada laporan dan ulasan yang dinyatakan bahkan pihak berkuasa Mesir dilaporkan belum mengembalikan mayat Hassan. – Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan