Zahid salah, PAS tak minta ahli akur kerjasama dengan UMNO

datuk mahfodz ulama pas

BANGI, Sabtu – Majlis Syura Ulama PAS menafikan dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu meminta supaya ahlinya akur mengenai kerjasama dengan UMNO.

Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, berkata majlis berkenaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun pendirian yan
g meminta supaya ahli parti itu akur mengenai kerjasama UMNO dan PAS.

Beliau berkata, selepas ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung UMNO yang menghulurkan tali silaturahim kepada PAS, pihaknya tidak pernah mengadakan sebarang mesyuarat membincangkan perkara itu.

Memetik kenyataan beliau kepada Sinar Online hari ini, Dr Mahfodz berkata:

“Begitu juga selepas Multaqa Serantau Alumni al Azhar baru-baru ini, kami (Majlis Syura Ulama Pas) tidak pernah ada sebarang mesyuarat dan membuat sebarang keputusan atau kenyataan supaya ahli Pas akur kenyataan dikeluarkan kami mengenai kerjasama Umno dengan Pas.

“Kalau Naib Presiden Umno, (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamid kata kami keluarkan kenyataan minta ahli akur, itu tidak benar sama sekali.”

Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan media beberapa hari lalu menyatakan bahawa ahli PAS yang menentang kerjasama dengan UMNO, perlu akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

Mengulas lanjut, Dr Mahfodz yang juga Ketua Dewan Ulama Pas berkata, pihaknya tidak menerima sebarang surat rasmi daripada UMNO berhubung kerjasama parti itu dengan Pas.

“Salah satu sebab kami tidak buat mesyuarat untuk membincangkan mengenai perkara itu adalah (kerana) kami tidak menerima sebarang surat daripada UMNO.

“Hanya ucapan lisan Najib pada Perhimpunan Agung Umno dan Multaqa Serantau Alumni al Azhar. Tidak ada surat (hitam putih), jadi kami tidak bermesyuarat bincangkan perkara itu,” katanya Dr Mahfodz.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian