400 rakyat Syria perlu segera bantuan perubatan

syrians-are-evacuated

NEW YORK, Rabu – Demi menyelamatkan nyawa mereka, sekurang-kurangnya 400 rakyat Syria hari ini dilaporkan segera perlu dipindahkan dari Madaya untuk menerima rawatan perubatan.

Duta Sepanyol, Oyarzun Marchesi berkata Majlis Keselamatan menerima taklimat daripada Ketua Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, Stephen O’Brien bahawa kira-kira 400 orang rakyat Syria di Madaya kini berada dalam keadaan yang sangat kritikal.

“Jika mereka tidak dipindahkan malam ini, keadaan akan menjadi lebih daripada membimbangkan,” katanya.

Perkara yang sama dinyatakan Duta New Zealand, Gerard van Bohemen. Katanya, kesemua rakyat Syriaini perlu dipindahkan untuk dirawat dengan segera.

Justeru, pihaknya mahukan kebenaran daripada Kerajaan Syria untuk membawa semua mangsa keluar.

Sebelum ini, PBB telah meminta Kerajaan Syria membenarkan 400 rakyatnya keluar dari Madaya melalui udara, di mana anggota perubatan agensi sukarela Doctors Without Borders (MSF) memberitahu, seramai 28 orang meninggal dunia akibat kebuluran sejak 1 Disember lalu.

Keadaan mereka semakin merosot sehingga menyebabkan bekalan elektrik telah dipotong dan penduduk hanya menggunakan alat pembakaran mayat memanaskan badan.

Berdasarkan maklumat PBB, pihaknya menghadapi kesukaran untuk menyampaikan bantuan kepada kira-kira 4.5 juta rakyat Syria yang tinggal di kawasan sukar dimasuki termasuk hampir 40,000 di 15 kawasan dikepung. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian