55,000 rakyat Syria terbunuh pada 2015

Syria-war-1

BRITAIN, Jumaat – Sekurang-kurangnya 55,000 orang telah terbunuh termasuk 2,500 orang kanak-kanak di Syria sepanjang tahun 2015 iaitu tahun kelima negara itu bergolak.

Menurut laporan Pusat Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain, jumlah kematian sejak dari awal konflik negara itu telah mencapai lebih daripada 260,000 orang.

Jelas laporan itu, jumlah mereka yang terbunuh pada tahun 2015 lebih rendah berbanding tahun 2014 iaitu 76,021 orang.

Tahun 2015, senarai jumlah yang terbunuh itu termasuk 13,249 orang awam dan 2,574 darinya adalah kanak-kanak.

Ia tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, di mana majoriti mangsa yang terkorban terdiri daripada pejuang termasuk 7,798 darinya adalah pemberontak dan 16,000 lagi merupakan kumpula jihad dari kumpulan Negara Islam, Al-Qaeda serta organisasi yang berkaitan.

Kumpulan itu juga disenarai dalam kematian tentera rejim iaitu 8,800 darinya merupakan pasukan tentera, 7,000 pro-rejim Syria dan 378 orang lagi adalah anggota Hezbollah di Lubnan.

Sejak konflik bermula pada 2011, Pusat Pemerhati telah mendokumenkan kematian seramai 260,758 termasuk 76,000 daripadanya dalam kalangan orang awam.

Konflik Syria tercetus apabila protes aman anti-kerajaan bermula, tetapi bertukar menjadi perang saudara yang kejam selepas tindakan perbezaaan pendapat rejim.-  Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian