Akhbar Israel: Penduduk Tel Aviv bersembunyi ketakutan dalam rumah

Dua mati dan lima cedera dalam kejadian serangan di Tel Aviv, Jumaat lepas.

Dua mati dan lima cedera dalam kejadian serangan di Tel Aviv, Jumaat lepas.

JERUSALEM, Ahad – Akhbar Israel mendedahkan bahawa bandar Tel Aviv menjadi bandar yang diselubungi ketakutan di kalangan penduduknya.

Hal ini kerana pasukan keselamatan Israel masih gagal menangkap pelaku kejadian tembakan di sebuah pub.

Pada tengah hari Jumaat lalu, seorang rakyat Israel berbangsa Arab telah melepaskan beberapa das tembakan kepada pengunjung sebuah pub di Jalan Dizengoff, di Tel Aviv.

Dua mati manakala tujuh lagi cedera akibat serangan itu.

Wartawan akhbar Yediot Ahronot, Mor Ibrahimi menyifatkan bandar itu seperti dalam kepungan, pintu-pintu rumah ditutup rapat manakala penduduknya berkurung di rumah masing-masing berikutan serangan itu.

“Mereka yang biasa keluar ke pawagam juga bersembunyi di rumah,” tulisnya.

Seorang penduduk Tel Aviv yang hanya dikenali sebagai Naiv berkata, orang Israel tak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Ramai yang takut macam histeria. Hanya tinggal di rumah, tengok telefon sambil menunggu apa-apa taklimat terkini daripada pihak keselamatan.

“Sekarang saya sendiri tutup pintu rumah dan saya rasa takut. Biarpun polis banyak berkeliaran di luar, tapi masih rasa tak selamat selagi orang yang menembak tak ditangkap,” luahnya kepada pemberita.

Wartawan Ili Sanior pula melaporkan, pasukan polis Israel dan pasukan keselamatan lain sedang meneruskan usaha memburu pelaku kejadian yang dianggap sebagai kompleks untuk diselesaikan. – Agensi

Video tembakan:

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian