Arab Saudi henti khidmat udara, perdagangan dengan Iran

Adel Al-Jubair Foreign Minister of Saudi Arabia

JEDDAH, Selasa – Arab Saudi hari ini, sekali lagi bertindak tegas ke atas Iran apabila membuat keputusan menamatkan perkhidmatan udara dan perdagangan berikutan tindakan negara Syiah itu yang campur tangan dalam hal ehwal Arab Saudi.

Bagaimanapun, rakyat Iran tidak dihalang untuk melakukan ibadah haji dan umrah di tanah Suci Makkah dan Madinah, kata Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir.

Katanya, Teheran juga diminta bertindak normal seperti negara lain sebelum hubungan diplomatik dipulihkan.

Kelmarin, Arab Saudi, memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran dan mengarahkan duta negara itu meninggalkan Arab Saudi dalam masa 48 jam.

Tindakan itu dilakukan selepas Iran membantah dengan keras hukuman pancung yang dijatuhkan ke atas ulama Syiah, Nimr al-Nimr pada Sabtu, selain Kedutaan Arab Saudi di Teheran diserang teruk dan digeledah pada malam hari hukuman dilaksanakan.

Bangunan konsulat Arab Saudi yang terletak di bandar Mashhad, di utara Iran juga terbakar setelah diserang dengan balingan batu dan bom molotov.

Al-Jubeir berkata, Teheran bertanggungjawab terhadap peningkatan ketegangan itu selepas Arab Saudi menjatuhkan hukuman ke atas Al-Nimr kerana terbabit dalam keganasan dan menentang kerajaan.

Sambil menegaskan Riyadh akan bertindak balas terhadap ‘pencerobohan agresif Iran’, beliau menuduh Teheran membawa masuk militan ke negara Arab dan berkomplot melakukan serangan di Arab Saudi serta beberapa Negara Teluk.

“Apa yang kami lakukan adalah bersifat tindak balas. Iran yang memasuki Lebanon. Iran yang membawa masuk unit Qods dan pengawal revolusi ke Syria,” katanya.

Pihak berkuasa penerbangan awam Arab Saudi (GACA) semalam menghentikan semua penerbangan ke Iran atau dari Iran ke Arab Saudi.

GACA dalam akaun Twitter mereka memberitahu bahawa berdasarkan pengumuman penamatan hubungan diplomatit dengan Iran, agensi itu menghentikan semua penerbangan membabitkan Iran.

Al-Jubeir berkata, Arab Saudi mempunyai hak untuk menghukum Al-Nimr yang telah disabit melakukan lapan kesalahan dan menyampaikan ucapan berapi-api berbentuk permusuhan sejak 2002 yang menyebabkan kecederaan dan kematian beberapa anggota polis. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian