AS ancam senaraikan Fatah sebagai kumpulan pengganas

abbas

AMMAN, Selasa – Anggota Jawatankuasa Pusat Fatah, Abbas Zaki, mendakwa Amerika Syarikat (AS) mengancam untuk meletakkan pertubuhan itu di dalam senarai pengganas jika Fatah mendakwa mana-mana pemimpin Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Abbas membuat kenyataan itu ketika berucap pada sambutan memperingati revolusi kebangsaan Palestin ke-51 di Jordan, kelmarin.

“Fatah melihat 2016 sebagai tahun perpaduan Palestin di mana kami akan menimbang semula hubungan dengan Israel,” katanya.

Fatah, katanya, mempunyai pelbagai cara untuk meletakkan tekanan ke atas Israel, termasuk membuat aduan kepada ICC tahun lalu berkenaan beberapa pemimpin Zionis yang terbabit dalam jenayah perang dan hak asasi manusia di wilayah Palestin.

April tahun lalu, jurucakap ICC, Fadi al-Abdullah mengumumkan Palestin secara rasmi menyerai ICC sebagai anggota penuh.

Sejak itu, Fatah yang mengetuai pihak berkuasa Palestin telah menyerahkan beberapa aduan kepada ICC mendakwa Israel terbabit dalam jenayah perang.

Sementara itu, Speaker Parlimen Jordan, Atef Tarawneh memberi amaran tindakan berterusan Israel ke atas Palestin adalah perang terhadap agama yang akan membawa kesan buruk kepada semua pihak.

Beliau menegaskan Jordan kekal komited untuk menjaga Tanah Suci Baitulmaqdis dan menentang sebarang pencerobohan oleh Israel.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, jumlah warga Palestin yang ditembak mati oleh askar Israel sejak 1 Oktober tahun lalu kini mencecah 151 orang.

“Dalam tempoh sama, 4,714 warga Palestin cedera akibat tembakan anggota pasukan keselamatan Israel,” kata kementerian itu. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian