Bahrun Naim mahu satukan militan IS Asia Tenggara termasuk Malaysia

37191327_-_15_01_2016_-_bahrun_naimJAKARTA, Isnin – Ketua Polis Jakarta, Tito Karnavian berkata, Bahrun Naim Anggih Tamtomo mempunyai visi untuk menyatukan pengikut militan IS di sekitar Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Filipina.

Menurut Tito, Bahrun berhasrat untuk menjadi pemimpin IS di rantau ini.

“Untuk mendapat kepercayaan pemimpin IS di Syria, Bahrun perlu membuktikan kemahiran kepimpinan beliau dengan merancang satu siri serangan keganasan di Indonesia.

“Selepas mendapat kepercayaan pemimpin di sana, dia berhasrat menyatukan pengikut-pengikut IS di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Filipina,” katanya.

Lelaki warga Indonesia yang dipercayai menjadi dalang dalam kejadian pengeboman dan tembakan di Jalan Thamrin, Jakarta Pusat pada Khamis lalu itu, merupakan penyokong Aman Abdurrahman, pemimpin IS paling berpengaruh di Asia Tenggara tetapi telah dipenjara.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian