Banjir: Jumlah mangsa di Sarawak meningkat kepada 975 orang

banjirsarawak

KUCHING, Jumaat – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Bahagian Kuching dan Samarahan bertambah kepada 975 orang tengah hari ini berbanding 523 orang 8 pagi tadi.
 
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata setakat 12 tengah hari, mangsa banjir daripada 260 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan di Bahagian Kuching dan lima pusat pemindahan di Bahagian Samarahan.
 
“Di Bahagian Kuching, pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tabuan Jaya menempatkan 60 orang dan Dewan Masyarakat Stapok (245 orang),” katanya ketika dihubungi Bernama.
 
Siti Huzaimah berkata sebuah pusat pemindahan banjir di Bahagian Kuching iaitu SMK Bako yang menempatkan 78 orang mangsa pagi tadi, sudah ditutup tengah hari ini.
 
Beliau berkata di Samarahan, 130 mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tambirat, Dewan Komuniti Kampung Jaie (62 orang), Dewan Suarah Samarahan (75 orang), SK Hj Bujang Rangawan Putit (8) dan SK Bradek (395 orang).
 
Sementara itu, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Samarahan, Ahmad Shah Fikri Darus berkata berkata biarpun jumlah mangsa banjir di Samarahan meningkat, banjir semakin surut berikutan hujan sudah berhenti.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian