Baru Bian hidup dalam ilusi sendiri: Presiden Isma

ustaz abdullah zaik abd rahman 8nov2015

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, Ahad – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman menyifatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan, Baru Bian, hidup dalam ilusi sendiri.

Ini berikutan kenyataan Baru Bian yang mengatakan bahawa orang ramai telah lupa bahawa Malaysia sebuah negara sekular dan demokratik.

Menyelar pandangan itu, Ustaz Abdullah berkata, Malaysia adalah sebuah negara Islam semenjak abad ke-13 lagi.

Beliau berkata, sejarah Malaysia yang menerima rakyat bukan Islam menjadi warganegara tidak bererti identiti negara telah berubah.

Dalam satu laporan portal liberal, Malaysiakini hari ini, Baru Bian berkata, apa yang berlaku sekarang adalah seperti agama menguasai segala aspek kehidupan masyarakat.

Dia merujuk kenyataan Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang menegur keadaan kerja kakitangan kabin Malaysia Airlines (MAS) yang tidak dibenarkan bertudung dan harus menghidangkan arak.

Begitu juga dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa membicarakan kes penukaran agama tiga anak guru tadika M Indira Gandhi.

Baru Bian yang juga Pengerusi PKR mendakwa hakim tidak dapat memisahkan kepercayaan agama ketika menjalankan tugas dan menegakkan Perlembagaan.

Walhal, pada hakikatnya, menurut Ustaz Abdullah, Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah satu fakta yang perlu diterima oleh semua pihak.

“Identiti keIslaman negara Malaysia adalah satu hakikat sejarah yang perlu diterima oleh semua orang.

“Keputusan-keputusan mahkamah yang disebut mengesahkan hakikat yang tidak berubah itu,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian