Bauksit: Tengku Puan Pahang luah kekesalan

photo7932289655880506

KUANTAN, Ahad – “Berbuih sudah mulut saya pok pek…..Saya ada rumah di Pantai Balok dan pantai di hadapan rumah saya juga merah…. pernah juga pelabuhan membuang asid-asid ke dalam laut dan saya terpaksa henti cari kerang di pantai…”

Begitulah luahan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah di laman Instagramnya hari ini berhubung isu bauksit yang semakin hari semakin menakutkan penduduk Kuantan kerana telah mengakibatkan beberapa pantai serta sungai menjadi kemerah-merahan.

Netizen yang menetap di Kuantan mengecam dan meluahkan pelbagai kesengsaraan dihadapi mereka sepanjang kerja-kerja bauksit itu berjalan.

“Mohon ampun @tengku_puan_pahang. Saya rasa ni dah kritikal. Manusia, sungai, tumbuhan, hidupan dah terima kesan. Saya rasa masalah ni sangat serius.

“Banyak kesan buruk. Orang awam, pengguna jalan raya, jalan raya rosak, berlubang penuh dengan sisa bauksit. Kenderaan orang awam rosak. Tayar, cermin, kenderaan awam kotor, hari-hari kena cuci sebab jalan banyak sisa bauksit.

“Pemilik kenderaan terpaksa tanggung kos kerosakan. Lebih teruk, ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Dengan sikap pemandu lori yang tidak ambil berat soal keselamatan dan undang-undang. Pandangan saya, ini bukan 1pembangunan, tapi kemusnahan.

“Rakyat tak dapat apa apa manfaat. Tapi sebaliknya, tauke-tauke dan tuan tanah harus bertanggungjawab dan diambil tindakan,” kata pengguna laman Instagram @mohd_yusri.

Pengguna Instagram, mama_mnia yang turut risau dengan keadaan anaknya yang bersekolah pula berkata: “Terima kasih@tengku_puan_pahang. Saya sebelum ini duduk di Taman Impian, memang sakit jiwa tengok depan Kolej Mara tu.

“Sebab risau keselamatan ulang alik hantar anak ke SJKC Semambu, saya pindah masuk kuarters.

“Sedih tengok keadaan macam ini. Saya tau, view dari rumah Tuanku pasti lebih menyedihkan sebab boleh nampak kemusnahan ini,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian