Contohi Australia dalam operasi bauksit: Pakar Kimia UMP

prof badhrul

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

KUANTAN, Khamis –  Pakar Kimia Universiti Malaysia Pahang (UMP) merangkap Ketua Penyelidik Isma Prof. Badrulhisham Abdul Aziz mencadangkan agar Malaysia mencontohi Australia dalam usaha baik pulih operasi bauksit yang bermasalah di Kuantan kini.

“Mungkin Malaysia kena belajar daripada Australia, bagaimana mereka melombong bauksit, bagaimana mereka menangani dan mengambil langkah-langkah tertentu, supaya akhirnya kawasan yang dilombong itu kembali pulih.

“Mereka (Australia) telah mengambil langkah berjaga-jaga di mana tanah yang mereka lombong itu, dikambus semula, kemudian ditanam dengan pokok-pokok untuk proses baik pulih,” kata beliau ketika ditemubual secara eksklusif di dalam video bertajuk Laporan Khas: Bauksit di Kuantan, baru-baru ini.

Wartawan Ismaweb, Ainul Illia Meor Suzurudin bersama jurukamera Almi Alminuddin telah pergi ke Kuantan bagi menjalankan laporan khas tersebut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh, yang ditemui berkata, permasalahan ini juga disebabkan oleh kekurangan dalam undang-undang alam sekitar yang ditetapkan kerajaan.

“Dari segi undang-undang negara, kita lack environmental law, kita ada undang-undang alam sekitar yang tidak cukup kemas.

“Sebelum ini, bagi sektor perlombongan, Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) tidak diperlukan sekiranya lombong itu di bawah 250 hektar.

“Jadi, kalau sesuatu lombong itu 70 hektar, dah besar, tapi… tak perlu EIA. Jadi baru-baru ini, Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan 20 hektar ke bawah dah kena EIA.

“Sebab kena tengok apa kesan dia terhadap sungai, apa kesan terhadap tumbuhan, apa kesan terhadap manusia, terhadap minuman kalau buat upstream.

“Ini, bila takde EIA, bererti tiada kajianlah, Kalau saya, tak perlu kira berapa hektar, apa-apa aktiviti yang melibatkan alam sekitar terus kenakan EIA” katanya.

Tontoni Laporan Khas: Bauksit di Kuantan di pautan berikut:

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian