Hotel mewah di Dubai terbakar di ambang tahun baharu

97hotel-pencakar-langit-di-dubai-terbakar-hebat-di-malam-tahun-baru

DUBAI, Jumaat – Hanya beberapa jam menyambut tahun baharu, sebuah hotel mewah di Dubai, Emiriah Arab Bersatu terbakar hingga menyebabkan 16 orang tercedera.

Kebakaran itu dikatakan bermula di tingkat 20 Hotel Address Downtown yang terletak berhampiran dengan bangunan tertinggi di dunia, Burj Al-Khalifa.

Ketua Polis Dubai, Matar al-Mzeima berkata semua pengunjung di hotel lima bintang itu telah dipindahkan dari tempat kebakaran.

“Seluruh penduduk berada diluar,” katanya.

Katanya lagi, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran itu berlaku.

“Kita tunggu sehingga api dipadamkan, barulah kita boleh ketahui maklumat punca mengenai kebakaran ini,” katanya.

Saksi yang dikenali sebagai Raphael Slama berkata kebakaran bermula kira-kira jam 9.30 malam dan api mula merebak ke tingkat atas hotel itu.

Sementara itu, kerajaan Dubai dalam satu kenyataan menerusi Tweetnya berkata bahawa kebakaran itu hanya menjejaskan di bahagian permukaan luar bangunan hotel itu sahaja.

“Empat pasukan memadam kebakaran telah dikerahkan untuk memadam api tersebut,” katanya.- Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian