Imigresen perketat kawalan keselamatan di pintu masuk negara

p1000305

KUALA LUMPUR, Isnin – Jabatan Imigresen memperketatkan kawalan keselamatan di pintu masuk negara bagi memastikan setiap individu yang tiba adalah pelawat tulen.
 
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafa Ibrahim berkata perkara itu dilakukan susulan insiden pengeboman di Jakarta, Indonesia pada 14 Jan lepas serta tangkapan individu berkaitan ancaman pengganas oleh polis.
 
“Selain itu, prosedur pemeriksaan biasa dan pengambilan data biometrik turut dilakukan. Pegawai Imigresen berhak membuat pemeriksaan lebih teliti jika melihat individu yang disyaki atau diragui.
 
“Individu yang meragukan akan berhadapan tindakan Notis Tolak Kemasukan (NTL) di bawah Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/63 atau ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
 
Mustafa berkata seramai 68,363 individu dikenakan NTL sepanjang tahun lepas.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai memberi kerjasama yang baik sepanjang pemeriksaan dilakukan.
 
“Imigresen memohon semua pihak tidak menjadikan isu jika berhadapan dengan situasi seperti terpaksa beratur lama untuk pemeriksaan kawalan keselamatan. Perlu diingatkan kawalan keselamatan negara adalah perkara yang menjadi keutamaan,” katanya.
 
Beliau berkata lebih 124 juta pemeriksaan pergerakan keluar dan masuk direkodkan sepanjang 2015.
 
“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang berpotensi memberi ancaman kepada keselamatan negara,” katanya.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian