Israel batalkan manfaat insurans kesihatan rakyat Palestin

Relatives of Palestinian Khalil Obeid, 25, who died on Saturday from a wound he sustained during clashes with the Israeli troops, mourn during his funeral in Khan Younis in the southern Gaza Strip October 25, 2015. Palestinian officials reacted warily on Sunday to what U.S. Secretary of State John Kerry hailed as Jordan's "excellent suggestion" to calm Israeli-Palestinian violence by putting a sensitive Jerusalem holy site under constant video monitoring. REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa

RAMALLAH, Isnin – Pihak berkuasa Israel membatalkan manfaat insurans kesihatan kebangsaan rakyat Palestin yang telah berjuang mempertahankan Al Haram Al Sharif, kawasan yang menempatkan Masjid Al Aqsa dari serbuan Yahudi.

Tentera Israel telah menafikan hak tersebut ke atas berpuluh-puluh penduduk Palestin di Baitulmuqaddis sebagai hukuman kepada rakyat Palestin.

Khamis lalu, isteri seorang Murabit (pejuang) Palestin mendapati bahawa insurans kesihatannya telah dibatalkan sebelum menjalani pembedahan.

Keluarga itu terpaksa membayar kos pembedahan yang mahal itu menggunakan duit mereka sendiri.

Fakhri Abu Diyab, yang mengetuai jawatankuasa tempatan dalam mempertahankan Jerusalem daripada diduduki, menyifatkan hukuman itu sebagai bersifat perkauman.

Meskipun Rejim Israel tidak menggunakan keganasan untuk berhadapan dengan serbuan tersebut, mereka pada hakikatnya menggunakan langkah keji lain sebagai hukuman kepada rakyat Palestin.

Menurut status quo lima dekad yang lalu, Yahudi dibenarkan untuk melawat tempat suci itu tetapi tidak dibenarkan untuk bersembahyang di sana.

Murabiteen dan Murabitat, masing-masing telah memainkan peranan penting bagi menghalang penganut agama Yahudi daripada menceroboh Al Haram Al Sharif.- Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian