Isu ICU HTAA: Najib arah Kementerian Kesihatan segera bertindak

too hot to be patientOleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Sabtu – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya mengambil tindakan segera berhubung masalah yang dihadapi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Ia susulan daripada laporan sebuah akhbar The Star berhubung masalah penghawa dingin di ICU hospital yang tidak berfungsi sehingga terpaksa membuka tingkap bagi menyejukkan pesakit dan peralatan di bilik rawatan itu.

“Saya ambil perhatian akan laporan akhbar The Star hari ini berkenaan keadaan Unit Rawatan Rapi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebooknya semalam.

Najib turut menggesa KKM supaya mengambil tindakan segera menyiasat dan mempercepatkan kerja pembaikan di hospital itu.

“Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, Noor Hisham Abdullah, sila ambil tindakan segera menyiasat perkara ini dan mempercepatkan kerja pembaikan serta menyediakan langkah-langkah sementara bagi menangani isu ini secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu, memetik laporan akhbar Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata bahawa sistem pendingin hawa yang uzur di blok itu sudah tidak berfungsi sejak tiga bulan lepas.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian