Jenazah Kapten Hasman akan dikebumikan di Masjid Tanah esok

hasman
KUALA LUMPUR, Selasa – Jenazah pegawai Angkatan Tentera Malaysia Kapten Hasman Hussin, yang meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya hanyut dalam kejadian banjir di Missouri, Amerika Syarikat, dijangka tiba ke tanah air esok.

Menurut kenyataan daripada Markas Tentera Darat, jenazah dijangka tiba 1.15 petang esok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menggunakan pesawat China Airlines.

Jenazah Allahyarham kemudian akan dibawa ke Melaka dan diberikan penghormatan terakhir dan disolatkan di Masjid As-Syuhada Kem Terendak, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka.

Jenazah Hasman selamat tiba di New York jam 5.30 pagi Ahad lalu selepas diterbangkan menggunakan pesawat komersial dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lambert-St Louis, Missouri, Sabtu lepas.

Hasman, 33, yang sedang menjalani kursus di Fort Leonard Wood sejak 1 Okt lepas dilaporkan hilang pada 26 Dis apabila kenderaan yang dinaiki bersama rakan kolejnya dihanyutkan banjir di Missouri, yang turut meragut nyawa empat rakannya.

Rabu lepas, Markas Tentera Darat mengesahkan mayat Allahyarham dijumpai pada 11 pagi, 28 Dis waktu tempatan (1 pagi, 29 Dis waktu Malaysia). – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian