Ketua Pesuruhjaya SPRM tak letak jawatan

abu-kassim-sp

BANGI, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) menafikan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, akan meletak jawatan seperti dilaporkan sebuah portal berita.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, SPRM berkata, Abu Kassim berpegang kepada pendirian bahawa beliau tidak akan berundur atas tekanan mana-mana pihak.

“Berhubung laporan portal berita bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed kemungkinan akan diganti atas masalah kesihatan, sebagaimana telah dinyatakan dalam temu bual bersama Sinar Harian dan Oriental Daily baru-baru ini, Tan Sri Abu Kassim berpegang kepada pendirian bahawa beliau tidak akan berundur atas tekanan mana-mana pihak.

“Melainkan keputusannya sendiri atas sebab masalah kesihatan. Buat masa ini, tiada tekanan daripada mana-mana pihak yang meminta beliau supaya menamatkan perkhidmatan di SPRM,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan kontrak Abu Kassim sebagai Ketua Pesuruhjaya hanya akan tamat pada 2018, manakala persaraan wajib beliau dari perkhidmatan awam adalah pada tahun 2020.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian