Lebih 600 peserta gegarkan KLS Kota Bharu
KOTA BHARU, 9 Jan – Sambutan terhadap Karnival Lepasan Sekolah (KLS) 2016 di sini kali ini nyata di luar dugaan apabila dihadiri lebih 600 orang lepasan SPM, STPM dan STAM dari seluruh negeri ini, siang tadi.
Difahamkan, peningkatan penyertaan adalah amat ketara berbanding penganjuran tahun lalu yang dihadiri lebih 300 orang peserta.
Karnival kali ini adalah anjuran bersama Kelab Remaja ISMA (KRIM) Cawangan Kota Bharu, Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan (JAHEIK) dan Yayasan Ikhlas dengan sokongan daripada Biro Luar Negara ISMA, PEMBINA Kelantan, I-Medik Kelantan dan I-Guru Kelantan.
Peserta yang hadir ke KLS Kelantan 2016 ini didedahkan dengan pelbagai program yang menarik antaranya Sesi Perkongsian “SPM: What’s Next?” di mana peserta yang telah mengambil SPM didedahkan apa yang mereka perlu lakukan selepas SPM selain perkongsian tips menghadapi temuduga dan memilih biasiswa.
Forum “Selangkah ke IPT” juga diadakan di mana ia dibarisi tokoh-tokoh muda dan telah berkerjaya dalam bidang masing-masing.
KLS turut diserikan lagi dengan sesi taklimat kerjaya dan pameran kerjaya dalam bidang pendidikan, perakaunan dan perniagaan, perubatan, kedoktoran, farmasi dan sains.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan