Mohd Zahir Mohd Ariffin: Inspirasi perjuangan

doa solat

KOTA BHARU, 1 Jan – Setelah hampir 5 tahun melawan sel barah yang dihidapi, ahli Isma Cawangan Kota Bharu, Mohd Zahir Bin Mohd Ariffin kembali bertemu dengan Allah S.W.T pada jam 3.45 pagi hari Jumaat, permulaan tahun baru 2016 di rumah mertuanya di Ketereh.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di surau bersebelahan dengan rumah mertuanya dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Banggul Kemenyan, Pasir Mas jam 11.30 pagi.

photo_2016-01-01_16-07-50

Mohd Zahir meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Izza dan seorang anak lelaki.

Semasa hidup beliau merupakan seorang ahli Isma yang sangat aktif dalam kerja-kerja amal dan kemasyarakatan. Setiap kali program beliau pasti akan turut serta.

kemamn

Pemergian beliau sangat terasa buat semua ahli Isma di seluruh negara kerana jasa beliau dalam memperjuangkan agenda ummah diperingkat nasional.

Semasa urusan solat jenazah dan pengembumian, ahli-ahli ISMA dari Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman juga turut kelihatan untuk memberikan penghormatan terakhir buat beliau.

photo_2016-01-01_15-36-33

Semua ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kota Bharu amat terasa kehilangan seorang ahli yang sangat aktif seperti beliau, ISMA KB mendoakan agar beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh bersama dengan para solihin dan pejuang ugama Allah. Mohd Zahir Mohd Ariffin (1 Januari 1984 – 1 Januari 2016).

 

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian