Nelayan Palestin bantu lelaki China terdampar di pantai
HAIFA, Rabu – Seorang lelaki dipercayai berasal dari China ditemui selamat di perkampungan Palestin apabila bot yang dinaikinya karam, semalam.
Beliau ditemui terdampar di tepian pantai dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 40 kilometer ke selatan dari bandar Haifa oleh seorang nelayan dari Palestin.
Beliau bagaimanapun diberi makanan dan minuman dan ditanya bagaimana boleh sampai di pantai itu.
“Saya adalah seorang warganegara China,” kata lelaki itu.
Seorang anggota majlis tempatan Jisr al-Zarqa memberitahu pihaknya terkejut apabila penduduk kampung menemui lelaki berkenaan yang tidak dikenali identitinya berada di negara mereka.
“Kami terkejut apabila mendapati seorang warganegara asing di pantai. Melihat kepada penampilannya, ia seperti berasal Asia Timur.
“Dia pengsan berhampiran botnya, ketika saya menghampiri, saya dapati botnya telah rosak,” kata seorang saksi, Sami Ali.
Menurut media Israel Ynet, lelaki itu memberitahu polis yang beliau telah belayar dari Greece sebagai pelancong dan karam akibat angin kencang.
Kesnya kemudian diserahkan kepada bahagan Imigresen Pentadbiran Israel di Border Crossings. – Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan