Novel Pantai Kasih: Kementerian perlu lebih teliti pilih karya sastera, kata i-Guru

pantai kasih
Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Selasa – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) mahu kementerian lebih teliti dalam pemilihan karya sastera untuk dijadikan komponen sastera di sekolah.

Presidennya, Noorzamri Ibrahim berkata pemilihan karya tidak hanya pada aspek nilai dan pengajaran sebaliknya teknik dan gaya bahasa yang digunakan juga perlu diberi perhatian.

“Pemilihan perlu dibuat bukan sahaja dari aspek nilai dan pengajaran sesuatu karya, malah juga perlu memberi perhatian kepada teknik dan gaya bahasa yang digunakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, beliau menyokong inisiaitif oleh Kementerian Pendidikan yang bertindak segera menyelesaikan isu novel komponen sastera (Komsas) bertajuk Pantai Kasih, didakwa mempunyai unsur-unsur lucah.

Mengulas lanjut Noorzamri berkata, unsur-unsur porno tidak wajar didedahkan di dalam sebarang teks pendidikan kerana ia akan mengotorkan pemikiran pelajar dengan adegan itu.

Beliau turut mengharapkan supaya lebih ramai guru dan pendidik untuk lebih sensitif dan mengambil tindakan sewajarnya dengan isu seperti ini.

Terdahulu, kebanyakan guru meluahkan rasa malu untuk mengajar apa yang ditulis di dalam muka surat 56 novel tersebut.

Ibu bapa juga melahirkan kebimbangan apabila bahan bacaan ilmiah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu itu mempunyai unsur-unsur negatif dan lucah.

BERITA BERKAITAN:

Pantai Kasih berunsur lucah, tak sesuai untuk pelajar

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian