PAS tak sanggup lagi diperkudakan PKR

khairuddin aman razali takiri

PUTRAJAYA, Ahad – PAS memberi amaran kepada PKR supaya tidak mengikut jejak DAP yang melakukan khianat dan sabotaj terhadap rakan tahaluf siyasi atau parti Islam itu tidak teragak-agak memutuskan hubungan dan kerjasama sedia ada

Amaran diberikan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ketika mengulas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin bahawa PKR tetap bekerjasama dengan DAP dan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), trutama di Selangor.

Beliau berkata, parti itu tidak akan membiarkan rakan tahaluf siyasinya melakukan khianat dan sabotaj bersama musuhnya di dalam kawasan PAS.

Katanya, prinsip PAS adalah jelas iaitu tidak bekerjasama dengan pengkhianat walaupun, PKR mempunyai perjanjian dengan Parti Amanah Negara (PAN) ddan DAP.

Dr Mohd Khairuddin berkata, tindakan PKR meraikan PAN menyerang kawasan PAS seolah-olah satu tindakan sabotaj kepada PAS.

“Kita tak boleh berkawan dengan orang yang berkawan dengan musuh kita,” katanya semalam.

Beliau mengingatkan bahawa PAS tidak mahu lagi diperkudakan oleh PKR seperti mana yang dilakukan oleh DAP untuk memenangi pilihan raya.

Katanya, PAS menyedari PKR mahu menggunakan tenaga parti itu untuk berdepan PRU14, bukan disebabkan prinsip Islam.

Rabu lalu, PAS Kelantan telah menghantar surat bantahan rasmi kepada PKR berhubung kehadiran pemimpin PKR negeri itu dalam majlis anjuran PAN.

Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Sehubungan itu, Mohd Khairuddin menyerahkan kes tersebut kepada kebijaksanaan PAS negeri untukmenanganinya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian