PAS ulangi ketegasan tidak akan berbincang dengan PAN

nik_amar_nik_abdullah_1604_620_425_100

KOTA BAHARU, Selasa – PAS sekali menegaskan pintu perbincangan untuk mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum akan datang, sudah tertutup.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata perbincangan itu tidak perlu diadakan kerana PAN pernah membuat perjanjian dengan parti itu untuk tidak bertanding di Kelantan.

“Tapi dia kena ingat janji dia dahulu (untuk tidak bertanding) di Kelantan… orang ingat janji dia tu.

“Kalau dia nak bertanding itu hak dia. Dalam negara demokrasi tak ada orang boleh ganggu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu mesyuarat di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Mohd Amar mengulas kenyataan Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, semalam bahawa PAN masih membuka pintu rundingan dengan PAS bagi mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru pada PRU nanti.

Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS tidak akan menghantar wakilnya untuk menghadiri sebarang perbincangan dengan PAN kerana dari awal lagi PAS ‘tak ada apa-apa hubungan’ dengan parti itu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian