Pekerja Islam di Amerika didiskriminasi, tak dibenarkan solat

gettyimages-500351562-1-736x414

WISCONSIN, Rabu – 43 pekerja Islam di sebuah kilang pembuatan di Wisconsin mahu berhenti kerja akibat peraturan baharu daripada majikannya, ‘tidak membenarkan rehat yang tidak berjadual meskipun ianya untuk solat’.

Ariens, kilang pembuatan mesin rumput dan peniup salji itu, sebelum ini membenarkan pekerja Islam untuk mengambil dua rehat sehari untuk solat.

“Ia sememangnya suatu diskriminasi.
 
“Izinkan saya solat supaya saya boleh kembali bekerja dan melakukan apa yang saya suka lakukan, iaitu bekerja untuk Ariens,” kata pekerja, Adan Hurr.

Di bawah undang-undang Amerika Syarikat, majikan perlu membenarkan amalan sesuatu agama itu kecuali jika ia menyebabkan “kesulitan yang tidak wajar” dengan memberi kesan “kecekapan di tempat kerja”.

Majlis Hubungan Amerika-Islam, kumpulan hak-hak sivil, menggesa syarikat itu untuk melaksanakan kompromi dan menghormati “hak-hak agama perlembagaan yang dilindungi”.- Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian