Pelajar Maahad Imtiyaz Ipoh johan hafazan al-Quran peringkat Perak
IPOH, Jumaat – Pelajar Maahad Imtiyaz Ipoh, Ammar Mohd Akib, 19, berjaya merangkul gelaran juara di Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat negeri Perak.
Beliau menjadi johan bagi kategori 1-10 juzuk setelah mendapat markah 98.08 dengan kelebihan 0.09 markah berbanding naib johan.
Ammar adalah anak sulung bagi pasangan aktivis Isma, Ustaz Mohd Akib Abdullah yang juga Pengurus Aman Palestin cawangan Kota Damansara dan isteri Ustazah Noor Rashidah Haron.
Majlis ini telah diadakan selama tiga hari bermula 12 Januari hingga 14 Januari bertempat di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini.
Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, YB Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria.
Ammar akan mewakili negeri Perak ke majlis menghafaz peringkat kebangsaan pada 15 hingga 20 Februari di Ipoh.
Ammar menuntut di Maahad Imtiyaz Ipoh, sebuah maahad tahfiz swasta sejak empat tahun lalu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan