Penduduk Madaya di Syria mati kebuluran

madaya syria mati
DAMSYIK, Khamis – Lebih 32 penduduk Madaya di kawasan perkampungan bahagian barat Damsyik yang sedang dikepung sejak tujuh bulan lalu oleh tentera Syria dan tentera Hizbullah.

Pada masa sama, tidak ada sebarang bantuan kemanusiaan sampai di kawasan itu.

Aktivis hak asasi manusia telah menyebarkan gambar-gambar menyedihkan menunjukkan penduduk Madaya mati kebuluran dan ada yang masih hidup tetapi kurus kering hingga nampak rangka tulang.

Kesemua penduduk menghadapi kebuluran disebabkan terputus bekalan makanan disebabkan kepungan oleh pihak tidak berperikemanusiaan itu.

Seorang lelaki berasal dari Zubdani, Abu Abd Rahman yang lari ke Madaya disebabkan perang, ketika dihubungi wartawan Al-Jazeera berkata, dia tidak makan sejak empat hari lalu.

Dengan suara yang amat perlahan, Abu Abd Rahman berkata, penduduk Madaya telah berputus asa saban hari mengenang keadaan yang menimpa mereka hinggakan tiada kucing mahupun kucing di kawasan itu.

“Kami risau daun-daun pokok akan habis gugur kerana itulah makanan kami selama ini,” katanya. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian