Peniaga didenda RM2,000 miliki cecair vape bernikotin
KOTA BAHARU, Khamis – Seorang peniaga rokok elektronik hari ini didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah menjual dan memiliki cecair nikotin, Nov tahun lepas.
Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed menjatuhkan hukuman denda itu ke atas Muhd Azahar Safie, 28 yang didakwa memiliki 0.518 liter cecair nikotin itu tanpa kebenaran di bawah Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) akta yang sama, iaitu denda maksimum RM3,000 atau penjara selama satu tahun atau kedua-duanya.
Muhd Azahar dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Baharu pada 5 Nov 2015, pukul 11.15 malam.
Tertuduh kemudiannya membayar denda berkenaan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fahrul Razi Zainal Abidin. – Bernama
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan