‘Rakyat tak bersekolah pun pandai berniaga cara 1MDB’

NAJIB-1MDB-3

BANGI, Rabu – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad, semalam mempersoalkan adakah aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat pelaburan negara bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mampu menyumbang kepada pendapatan negara.

Sambil menyindir aktiviti 1MDB hanya sekadar membuat pinjaman berjumlah RM42 bilion dan kemudian membayar hutang itu dengan menjual aset negara, beliau berkata, rakyat yang tidak bersekolah pun pandai berniaga dengan cara itu.

“Bagaimana kekuatan bursa saham, adakah pelaburnya dari luar negara atau dalam. Isu 1MDB yang masih tidak meyakinkan kenapa 1MDB wujud. Apa yang 1MDB berniaga? Adakah 1MDB boleh menjana pendapatan negara?,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Presiden PAS menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya bercakap dengan penuh kesedaran mengenai keadaan ekonomi negara yang merudum sekarang ini, bukan hanya igauan.

Beliau berkata, Najib masih tidak mengalah, tetap mengatakan bahawa ekonomi negara merudum disebabkan faktor luar dan bukannya kelemahan kepemimpinan beliau serta kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya harap Najib cakap penuh dengan kesedaran, bukan igauan. Beliau mengatakan faktor luaran seperti harga minyak dunia jatuh, kenaikan faedah Amerika Syarikat, kelembapan ekonomi China.

“Kita tidak nafikan faktor luar mempengaruhi kedudukan ekonomi dunia, mempengaruhi kedudukan ekonomi dalam negara kita.

“Persoalannya kenapa ekonomi serantau yang berdekatan tidak seteruk apa yang dialami negara ini,” katanya.

Idris berkata, jangan dibandingkan dengan Singapura dan Brunei sebaliknya bandingkan dengan Thailand dan Indonesia yang kini sudah berada di depan Malaysia.

“Jika ekonomi domestik dan kekuatan rezab kita kukuh sudah tentu tidak jadi macam ini. Najib kena muhasabah kenapa imbangan dagangan antara import dan eksport tidak berlaku.

“Kenapa Najib dan kepemimpinan BN tidak merasa bersalah, sebaliknya menuding jari kepada pihak lain.

“Jangan pula cadang kepada rakyat idea-idea yang meyakitkan hati untuk didengari seperti bawa bekal ke pejabat, buat dua kerja sehari, keluar pagi-pagi untuk elak laluan tol, jangan guna jalan bertol, jangan makan ayam kalau ayam mahal, kalau tidak suka boleh hijrah dari Malaysia,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian