Ratusan berkumpul depan Wisma Darul Aman sokong Mukhriz

mukh

Oleh RZ

ALOR SETAR, Rabu – Ratusan rakyat Kedah malam ini berkumpul di hadapan Wisma Darul Aman di sini bagi menunjukkan sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahatir, selepas UMNO negeri berpaling tadah menarik balik sokongan kepada beliau.

Mereka, termasuk petugas media massa, dilaporkan mula berkumpul sejak jam 4 petang tadi bagi mendapatkan reaksi Menteri Besar.

Tahun lalu, Badan Perhubungan UMNO negeri itu juga membuat keputusan memberi sokongan penuh dan tidak berbelah-bahagi kepada kepemimpinan Najib dan Mukhriz.

Sebelum itu, Mukhriz yang menghadiri perasmian sebuah syarikat perumahan dilaporkan secara tergesa-gesa meninggalkan lokasi sebaik selesai majlis selepas dimaklumkan mengenai tindakan UMNO Kedah itu.

Suasana di hadapan Wisma Darul Aman agak kecoh dengan penyokong Mukhriz mula tiba setelah menerima kiriman melalui media sosial mengajak rakyat Kedah berkumpul bagi menunjukkan sokongan kepada Menteri Besar, malam ini.

Terdahulu pada sebelah petang, Badan Perhubungan UMNO Kedah dipimpin oleh Timbalan Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada Mukhriz sebagai Pengerusi UMNO negeri dan Menteri Besar.

Dalam satu perjumpaan yang diadakan di sebuah hotel di sini, Ahmad Bashah berkata, semua ketua 15 bahagian, selain ketua sayap Pemuda, Puteri dan Wanita mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak supaya membuat perubahan dalam kepemimpinan UMNO peringkat negeri.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Ghazali Ibrahim, dilaporkan turut hadir dan menyetujui kenyataan akhbar yang dibuat selepas pertemuan itu. Turut hadir dalam pertemuan itu ketua-ketua sayap Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO negeri.

Ahmad Bashah membuat pengumuman demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan hampir semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen negeri ini daripada UMNO, di sini.

Antara pemimpin yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom dan Pengerusi Tabung Haji yang juga Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beberapa penyokong Mukhriz juga dilaporkan meminta beliau tidak mengalah, sebaliknya mempertahankan mandat yang diberi rakyat, sebagaimana Perdana Menteri enggan mengalah apabila didesak supaya meletak jawatan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian