Ringgit dijangka rendah minggu depan

currency.new_

KUALA LUMPUR, Sabtu – Ringgit dijangka diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan unjuran harga komoditi lebih rendah, kata peniaga.

Mengikut peniaga, penurunan harga minyak mentah global itu turut menjejaskan mata wang negara yang bergantung kepada komoditi seperti Malaysia.

Pada Rabu lalu, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, susut lebih tiga peratus yang menghampiri paras terendah dalam 11 tahun, selepas data menunjukkan peningkatan dalam bekalan minyak mentah AS.

Ini menyebabkan dolar AS diniagakan rendah dan turut mempengaruhi mata wang negara sedang pesat membangun lain, termasuk ringgit. “Unit tempatan itu berkemungkinan diniagakan rendah jika harga komoditi terus lemah,” katanya.

Laporan sebelum ini menyatakan harga minyak mentah Brent susut sebanyak AS$1.33 atau 3.5 peratus kepada AS$36.46 setong.

Dagangan dalam minggu yang singkat berikutan cuti umum, menyaksikan ringgit naik kepada 4.2900/2970 berbanding dolar AS daripada 4.3070/3136, pada Rabu.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0367/0423 daripada 3.0609/0660, sebelum ini. Ringgit bagaimanapun susut 3.5637/5698 daripada 3.5589/5647 berbanding yen pada Rabu.

Ia naik berbanding euro kepada 4.6851/6940 daripada 4.7024/7100 pada Rabu lepas dan meningkat berbanding pound British kepada 6.3604/3716 daripada 6.3890/3997, sebelum ini. Pasaran ditutup pada Jumaat bersempena cuti umum Tahun Baharu. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian