Sabah haramkan shisha, vape

GTY_vape_kab_141118_16x9_992

PUTATAN, Khamis – Jawatankuasa Fatwa Sabah memutuskan penggunaan shisha, rokok elektronik atau vape diharamkan kepada seluruh umat Islam di negeri ini.

Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan 10 ahli Majlis Fatwa Negeri mengenai penggunaan peralatan berkenaan.

“Semua ahli yang terdiri daripada ahli akademik, bekas tokoh perundangan, hakim mahkamah rayuan syarie, penasihat syariah bank negara dan wakil Jabatan Peguam Negara bersetuju bahawa penggunaan alatan terbabit memudaratkan tubuh badan mengikut hukum syarak.

“Kita akan mengesyorkan kepada Majlis Ugama Islam Negeri dalam masa terdekat sebelum keputusan ini diwartakan,” katanya pada sidang akhbar selepas Muzakarah Khas Majlis Fatwa Negeri Sabah di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini, antara negeri yang telah mengharamkan penggunaan vape ialah Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian