Sambutan menggalakkan kempen Jom Makan Ubi

famaKUALA TERENGGANU, Ahad – Sempena kedatangan tahun baharu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengadakan kempen Jom Makan ubi di negeri Terengganu.

Pengarah FAMA negeri Hasan Jusoh berkata sebagai permulaan, pihaknya mengadakan promosi makan ubi di tapak pasar tani Jerteh, Besut hari ini.

“Kempen jom makan ubi julung kali diadakan minggu lepas di Pasar Tani Padang Hiliran Kuala Terengganu yang mendapat sambutan menggalakkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Hasan berkata untuk promosi hari ini, FAMA menyediakan kira-kira 100 kilogram pelbagai jenis ubi untuk dinikmati secara percuma oleh pengunjung pasar tani Jerteh.

“Pihak FAMA juga menyediakan ruang-ruang perniagaan di pasar-pasar tani di negeri ini untuk membolehkan petani memasarkan ubi selepas ini,” katanya. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian