Syiah berang ulama dihukum bunuh

saudi-embassy-tehran
RIYADH, Ahad – Puak Sunni Muslim di Arab Saudi semalam telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap ulama Syiah sekaligus mencetuskan kemarahan majoriti puak Syiah Iran dan menyebabkan mereka membakar kedutaan negara itu.

Nimr al-Nimr, 56, yang menghabiskan lebih daripada satu dekad mempelajari teologi di Iran, adalah seorang tokoh penggerak di sebalik protes anti kerajaan di Arab Saudi pada tahun 2011.

Beliau telah dihukum mati bersama dengan 46 lelaki lain, termasuk aktivis Syiah dan Sunni yang dituduh terlibat dalam pembunuhan Al-Qaeda, kata Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

Hukuman itu mencetuskan protes di sekurang-kurangnya satu bandar di Wilayah Timur yang kaya dengan minyak Arab Saudi, sebuah kawasan di mana Syiah mengadu terpinggir, begitu juga di Iran, Iraq dan Bahrain.

Menurut laporan agensi berita ISNA, penunjuk perasaan membaling bom petrol dan menyerbu kedutaan Arab Saudi di Teheran sebelum diredakan oleh polis.

“Kebakaran itu telah memusnahkan bahagian dalam kedutaan.

“Pihak polis berada di mana-mana dan mereka meredakan penunjuk perasaan, sesetengah daripada mereka telah ditangkap,” kata seorang saksi.

Jurucakap Kementerian Luar Arab Saudi, Mansur al-Turki menggelar tindakan Iran sebagai “tidak bertanggungjawab”.-Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian