TPPA: Kerajaan hanya ramal kebaikan, tiada gambaran kerugian

logoTolakTPPA

Oleh RZ

BANGI, Isnin – PriceWaterhouseCoopers (PWC), firma yang dilantik kerajaan bagi menjalankan kajian kos dan manfaat jika menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), gagal memberi gambaran menyeluruh kerugian jika Malaysia menyertai TPPA.

Sebaliknya, firma itu hanya meramalkan penyertaan Malaysia dalam TPPA membawa manfaat kepada ekonomi dengan peningkatan dalam pertumbuhan KDNK, pertambahan pelaburan serta import dan eksport serta menyarakan bahawa negara alan rugi jika tidak menyertainya.

Kajian PWC mendapati sektor yang bakal mendapat manfaat adalah perniagaan yang berorientasikan eksport seperti tekstil, komponen automotif, dan elektrikal dan elektronik yang dikuasai firma Amerika Syarikat dan Eropah, kata Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Syahir Sulaiman.

Katanya, sektor yang bakal mendapat kesan negatif adalah industri yang menghadapi persaingan yang lebih sengit pasca-TPPA seperti minyak dan gas, minyak sawit, dan pembinaan, di mana sektor ini adalah penyumbang utama kepada ekonomi negara dan dikuasai syarikat tempatan.

“Malah, PWC mengunjurkan impak TPPA kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia tidaklah terlalu besar – hanya menyumbang kenaikan 1.15% KDNK dan kenaikan 0.9% eksport negara, satu lonjakan yang sangat rendah dan tidak signifikan kepada ekonomi negara yang berkembang pada kadar 4%-6% setahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kataya, kajian yang dijalankan oleh kerajaan, sama ada oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan PWC tidak menggariskan secara terperinci kesan langsung TPPA kepada aspek sosioekonomi rakyat, khususnya dua isu utama yang membebankan iaitu kos sara hidup dan kadar hutang yang tinggi kesan daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta kejatuhan nilai mata wang ringgit.

Syahir berkata, PWC turut menyatakan bahawa akan ada perubahan struktural oleh pihak kerajaan dan swasta bagi menyesuaikan operasi dan perniagaan pasca-TPPA.

“Ini bermakna rakyat akan menerima kenaikan kos secara langsung dan tidak langsung, sebagaimana yang telah dihadapi rakyat pasca pelaksanaan GST,” katanya.

tppa-kempen

TPPA adalah sebuah perjanjian perdagangan bebas (FTA), iaitu perjanjian antara dua negara atau lebih, di mana negara-negara ahli kepada perjanjian memberikan layanan yang lebih baik sesama sendiri berbanding dengan negara bukan ahli.

TPPA melibatkan 12 buah negara di rantau Lautan Pasifik, iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Canada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam. Ia bakal muncul sebagai sebuah blok ekonomi terpenting di dunia, bagi menyaingi kebangkitan gergasi ekonomi dunia yang baru, iaitu Brazil, Rusia, India dan China (BRIC).

“Justeru, tindakan kerajaan untuk menyertai TPPA dalam keadaan untung dan rugi yang tidak pasti, adalah umpama kita menandatangani cek kosong untuk diserahkan kepada pihak broker, dan broker tersebut adalah Amerika Syarikat yang sangat kita kenali,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian