TPPA: Kerajaan negeri hilang kuasa autonomi gubal peraturan baru

tppa-3

Oleh RZ

BANGI, Rabu – Kongres Rakyat hari ini menegaskan bahawa semua kerajaan negeri dan tempatan tidak boleh menggubal peraturan baru, khususnya membabitkan pelaburan, jika tidak mendapat persetujuan negara anggota Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), terlebih dahulu.

Ini dinyatakan dengan tepat dan jelas bahawa negara anggota telah bersetuju bahawa semua peringkat kerajaan dalam sesebuah negara yang menandatangani TPPA akan terikat dalam bab pelaburan, kata Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Berikutan itu, semua peraturan (measures) atau undang-undang sedia ada mahupun yang bakal digubal oleh kerajaan negeri boleh dicabar mengikut bab pelaburan dalam TPPA, jika tidak mendapat persetujuan negara anggota. ‘Measures atau peraturan TPPA ditafsir secara terbuka yang memasukkan erti undang-undang, peraturan, prosedur, syarat atau praktis.

Beliau yang juga Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berkata, walaupun perdagangan antarabangsa adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat, semua syarat pewartaan guna tanah, eksploitasi sumber bumi, perancangan pembangunan tempatan dan pelesenan adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

“Setiap kerajaan negeri mempunyai keutamaan pembangunan masing-masing mengikut apa yang diluluskan oleh Majlis Kerajaan Negeri dan Dewan Undangan Negeri.

“Kami mendapati dalam bab pelaburan, perjanjian perdagangan bebas sering mengaitkan semua peringkat kerajaan sesebuah negara seperti kerajaan negeri dan provinsi, kerajaan tempatan mahupun perbandaran,” katanya.

Mohd Azmi berkata, sebarang dasar dan peraturan kerajaan negeri sekarang dan masa depan akan tertakluk di dalam TPPA dan kerajaan negeri tidak boleh menguatkuasakan sesuatu perundangan atau peraturan yang bercanggah dengan apa yang ditetapkan dalam TPPA.

TPPA, katanya, mengecualikan secara automatik peraturan kerajaan negeri dan tempatan yang sedia ada hanya dalam beberapa peruntukan membabitkan pelaburan, termasuk akses pasaran.

TPPA

klik untuk bantah

“Jadi jika kerajaan negeri contohnya mempunyai peraturan mengharamkan penjualan atau kedai arak, ia boleh meneruskan peraturan itu.

“Bagaimanapun, apabila TPPA dimeterai, kuasa kerajaan negeri akan menjadi terhad untuk mewujudkan sebarang peraturan baharu yang mungkin hendak digubal pada masa depan mengenai sesuatu sektor. Jika hal ini hendak dikecualikan ia perlu melalui persetujuan oleh semua negara anggota TPPA,” katanya.

Hal ini menunjukkan senarai bidang kuasa kerajaan negeri di dalam Perlembagaan Persekutuan boleh dicabar atas alasan Kerajaan Pusat telah menandatangani TPPA.

Mohd Azmin berkata, dalam TPPA, mana-mana pelabur boleh menyaman kerajaan yang menerima pelaburan melalui mekanisme tribunal penyelesaian perselisihan antara pelabur dan kerajaan (ISDS) dan tuntutan saman boleh mencecah berbilion-bilion ringgit.

Sehubungan itu, katanya Malaysia perlu mengambil iktibar daripada beberapa kes ISDS yang dialami oleh negara yang menandatangani perdagangan bilateral dan multilateral bagi menjaga kedulatan negara.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian