TPPA: Kerajaan tetap teruskan perbahasan sehingga 2018

razali

BANGI, Rabu – Kerajaan akan tetap meneruskan perbahasan mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sehingga perjanjian itu ditandatangani pada tahun 2018.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata kerajaan akan sentiasa mendengar pandangan rakyat berhubung isu itu sehingga ia dapat diterima demi kepentingan negara secara keseluruhannya.

Jelasnya, negara masih mempunyai banyak masa untuk mendengar pandangan rakyat sebelum ia ditandatangani pada 2018 nanti.

Bagaimanapun Razali berkata persidangan khas Dewan Rakyat selama dua hari pada 26 dan 27 Januari ini mengenai TPPA adalah sangat penting.

“Kita ada masa dua hari, iaitu pada 26 dan 27 Januari depan untuk bahaskan perkara ini (di Dewan Rakyat) sebelum muktamadkan perjanjian ini.

“Kalau dua hari itu kita benar-benar terbuka melihat kepentingan TPPA, ia memadai untuk memberi persetujuan sama ada meneruskannya atau tidak,” katanya.

“Yang penting dua hari ni nak sain atau tidak…selepas itu perbahasan masih boleh diteruskan,” katanya.

Rundingan TPPA yang dimuktamadkan pada 5 Okt lepas, melibatkan Malaysia dan 11 negara lain termasuk Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian