Turki gesa Arab Saudi, Iran bertenang

kulturmus tpm turki
ANKARA, Selasa – Turki menggesa Arab Saudi dan Iran supaya bertenang bagi mengelakkan keadaan bertambah teruk.

Timbalan Perdana Menteri, Numan Kurtulmus berkata, jika keadaan ini berterusan, kedua-dua negara akan menerima padah.

Beliau memberitahu pemberita selepas mesyuarat Kabinet di sini semalam.

Kedua-dua negara yang disifatkan kawan baik Turki dan negara penting bagi dunia Islam, perlu bertindak dengan cermat.

Ketegangan dua negara itu bermula selepas Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati kepada ulama Syiah, Nimr Al-Nimr pada Sabtu lalu.

Penduduk Iran kemudiannya menyerang Kedutaan Arab Saudi di Tehran dan Mashhad sejurus selepas itu.

Suhubungan itu, Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran dan diikuti oleh Bahrain dan Sudan.

Pegawai diplomatik Iran pula diberi masa 48 jam untuk keluar.

Semua penerbangan dari dan menuju ke Iran telah dibatalkan.

Memetik Konvensyen Vienna, Kurtulmus berkata Tehran sepatutnya melindungi pegawai diplomat Arab Saudi meskipun tidak bersetuju dengan hukuman Arab Saudi. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian