UMNO dan TPPA
UMNO perlu membuktikan bahawa parti itu bukan pro kepada penjajah dengan tidak menandatangani TPPA. Walaupun UMNO merupakan parti Melayu pada namanya, tetapi mereka dikenali dengan imej pro kepada penjajah sejak merdeka lagi.
TPPA adalah ujian baru bagi UMNO sama ada mereka akan mengambil pendirian memihak kepada kepentingan Nasional atau kekal dengan imej pro penjajah.
UMNO dibawah Kepimpinan hari ini kelihatan tidak percaya kepada kemampuan untuk maju dengan acuan sendiri dengan memilih untuk menandatangani TPPA.
Semua orang tahu bahawa TPPA bukan kehendak rakyat Malaysia dan perjanjian itu juga bukan dibangunkan atas kepentingan nasional negara ini.
Menandatangani TPPA hanya akan menjadi bukti kesetiaan dan kompromi berterusan kepada kepentingan Barat yang dikawal syarikat multinational yg dikuasai Yahudi.
Abdullah Zaik Abd Rahman
Presiden ISMA
Ulasan
Catat Ulasan