Yayasan Ikhlas, I-Guru dan Etiqa Bantu 450 Pelajar Miskin di Sabah

yi 1

KUDAT, SABAH, 20 Jan – Yayasan Ikhlas (YI), Ikatan Guru-Guru Melayu Muslim (I-Guru) dan Etiqa Takaful Berhad telah menyerahkan bantuan persekolahan kepada 450 orang pelajar miskin di Sabah. Majlis penyerahan kepada 200 pelajar di Kudat telah dijalankan di SMK Kudat II, mengumpulkan pelajar-pelajar miskin dari 6 sekolah.

Bantuan bagi 450 pelajar di negeri Sabah telah ditaja sepenuhnya oleh Etiqa Takaful Berhad berupa, wang tunai, beg sekolah, pakaian sukan dan buku juzuk Amma yang bernilai RM150 seorang.

Sabah merupakan negeri pertama dalam misi bantuan ini dimana seramai 200 pelajar di Kudat, 121 di Sandakan, 37 di Mota Merudu, 38 di Lahad Datu dan 54 di Kota Kinabalu. 450 pelajar yang menerima bantuan ini adalah berumur 14 tahun hingga 17 tahun sahaja, kerana mereka telah terkecuali dari menerima bantuan Tabung Kewangan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Bantuan ini bertujuan untuk membantu dan memberi peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan terutamanya anak yatim, dari keluarga fakir atau miskin, untuk meneruskan pembelajaran dengan baik, dan menjadi galakan atau sokongan moral untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar.

yi2

Yayasan Ikhlas, I-Guru dan Etiqa Takaful Berhad juga meminta pandangan dari Pegawai Daerah Kudat, Tn Sapdin Ibrahim dalam usaha untuk mengarus perdanakan lagi usaha kebajikan di Kudat, yang disenaraikan daerah ketiga termiskin di Sabah.

Tn Sapdin Ibrahim, Pegawai Daerah Kudat mengucapkan tahniah atas bantuan yang telah dijalankan Yayasan Ikhlas dan rakan kerjasama serta berharap Yayasan Ikhlas terus meluaskan capaian dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

Di akhir majlis, Jawatankuasa Eksekutif Yayasan Ikhlas, Ustaz Mohamad Ismail menyampaikan cenderahati kepada Tn Sapdin Ibrahim dan Pn Siti Zubaidah binti Haji Unuh sebagai penghargaan atas kesudiaan bersama dalam majlis penyerahan Bantuan Persekolahan kepada Pelajar Miskin ini.

Majlis penyerahan Bantuan ini turut disertai Etiqa Takaful Berhad Sabah, Puan Siti Zubaidah Binti Haji Unuh, Pegawai PPD Kudat, Sh. Azad Sh Attari dan Setiausaha Pusat I-Guru, Cikgu Nooraizam bin Idris.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian